Khidmat Suntikan Pokok Gaharu + Vaksin RM50.00 perpokok



Khidmat Suntikan Pokok Gaharu + Vaksin RM50.00 perpokok

Khidmat Suntikan Pokok Gaharu + Vaksin RM50.00 perpokok

Khidmat Suntikan Pokok Gaharu + Vaksin RM50.00 perpokok


RM50.00

INOKULASI GAHARU
PENGENALAN
Gaharu merupakan kayu yang amat berharga dan mempunyai nilai yang tinggi. Gaharu tidak akan terhasil melainkan melalui proses pengeluaran Resin dalam batang gaharu secara berterusan. Pokok Gaharu akan mengeluarkan Resin apabila mengalami kesakitan. Kesakitan pokok gaharu terjadi sama ada;

•Secara Semulajadi
Iaitu sama ada pokok gaharu ditimpa pokok lain, semut membuat sarang dalam pokok gaharu dan lain-lain.

•Secara Tradisional
Iaitu samaada kita memukul pokok tersebut dengan tunggkul, parang, membakar sampah disekiling pokok dan lain-lain.

•Secara Bioteknologi
Iaitu memasukkan Vaksin ke dalam pokok Gaharu bagi menghasilkan gaharu bagi pokok yang telah mencapai ukurlilit 10 - 15 inci keatas.

Dengan menggunakan Bioteknologi, Gaharu dapat dihasikan dari pokok Karas dalam masa 2 - 3 tahun, iaitu 10 kali lebih cepat dari kebiasaannya.

VAKSIN GAHARU EMBUN
CIRI KEJAYAAN INDUSTRI GAHARU.
Industri Gaharu tidak akan berjaya tanpa adanya Ubat, Kaedah Penyuntikan dan Sukatan yang betul yang boleh menghasilkan pembentukan teras gaharu dengan berkesan.

PENYELIDIKAN TERHADAP VAKSIN DAN KAEDAH PENYUNTIKAN
Pihak Syarikat Gaharu Embun telah melakukan ujikaji dan penyelidikan dalam bidang penyuntikan pokok gaharu dan ubat yang sesuai dengannya bermula dari tahun 2008. Kami juga telah melakukan pelbagai teknik penyuntikan yang dipelajari dari Thailand dan Indonesia beserta Ubat yang dikeluarkan dari negara mereka.
Antara jenis Ubat yang telah kami buat ujikaji ialah; EM (Thailand dan Kemboja), CBG (dikenali dengan nama ubat berselut dari Thailand), Kopi O (Thailand ), Vaksin Kuning (Persatuan Gaharu Thailand), Nano Alerrgic(Thailand) dan Farasium (Indonesia).

HASIL KAJIAN
Proses inokulasi tidak akan berjaya memperolehi hasil yang maksima kecuali mengambil berat 3 perkara utama dibawah:

Pertama: Ubat
Terdapat dua ketogeri ubat yang digunapakai;
Padat atau Semi Padat: Ubat yang padat atau semi padat mengambil masa yang lama dalam proses pembentukan teras berbanding dengan ubat yang cair. Terdapat juga kes dimana ubat yang padat (contohnya CBG) terhenti berfungsi apabila berada dalam batang pokok gaharu lantaran tarikh tempohnya tamat.
Cecair : Cepat meresap dan bertindak menyakitkan pokok.


Kedua : Kaedah
Terdapat dua jenis kaedah yang boleh digunapakai iaitu;


(i) Kaedah menyapu ubat diluar batang pokok,kaedah ini bagi menghasilkan kayu untuk minyak dan hasilnya akan diperolehi dalam masa 3 bulan.


(ii) Kaedah memasukkan ubat kedalam batang pokok, kaedah ini untuk memperolehi teras gaharu dan hasilnya yang maksima akan diperolehi dalam masa 2 - 3 tahun.
Untuk memastikan hasil yang maksima, ubat yang dimasukkan kedalam batang pokok mestilah sentiasa berfungsi selama 2 - 3 tahun.
Pokok gaharu akan berhenti mengeluarkan resin bagi pembentukan teras apabila ubat tamat berfungsi(memberi sakit)
Bila pokok gaharu telah terhenti mengeluarkan resin, maka gred kayu gaharu akan terhenti diparas itu dan tidak akan bertambah walaupun dibiarkan selama 3 tahun.
Ketiga : Sukatan
Pembentukan teras yang maksima akan terjadi dan diperolehi dalam masa 2 -3 tahun apabila ubat yang digunakan mengikut sukatan ukurlilit dan ketinggian pokok gaharu (jika ubat tidak mengikut sukatan, teras tidak menjadi, jika terlebih, pokok akan mati)
Syarika Gaharu Embun yang telah dapat mengenal pasti sebab utama masalah pembentukan teras gaharu telah mengeluarkan sejenis bahan yang dikenali dengan Vaksin Gaharu Embun dan menggunakan Kaedah Suntikan yang mudah dan cepat berkesan serta Sukatan Ubat mengikut ukurlilit dan ketinggian pokok gaharu.

* Kesimpulan - Ubat, Kaedah Suntikan dan Sukatan merupakan 3 perkara penting bagi memastikan ubat yang di suntik berfungsi menyakitkan pokok gaharu supaya pokok tersebut mengeluarkan resin gaharu dalam tempoh yang kita kehendaki tanpa mematikannya.

ANGGARAN TERAS YANG TERHASIL SELEPAS SUNTIKAN;
12 bulan gred C
24 bulan gred B
36 bulan gred A

BAGAIMANA PEMBENTUKAN TERAS TERJADI SETELAH MENGGUNAKAN VAKSIN GAHARU EMBUN.

Setakat ini, syarikat telah membuat suntikan sebanyak 1,000 pokok gaharu di sekitar negeri Pahang .Inyaallah hingga akhir tahun ini pihak syarikat menetapkan jumlah sebanyak 1,000 pokok gaharu. Selain daripada itu, pihak syarikat juga telah menetapkan 10 pokok untuk dibuat ujikaji, iaitu dimana pokok tersebut akan ditebang berperingkat-peringkat untuk dilihat perubahan pembentukan terasnya.Setakat ini 3 pokok telah ditebang, iaitu, pokok pertama berumur 2 minggu selepas suntikan, pokok kedua 2 bulan selepas suntikan (Mei 2010)dan pokok ketiga 6 bulan selepas suntikan (September 2010). insyaalah pada bulan Jun tahun hadapan akan ditebang pokok keempat (2 tahun selepas suntikan).

Hasil Penyelidikan;
Setelah Vaksin Gaharu Embun dimasukkan ke dalam batang pokok gaharu;

Bulan Pertama,
Vaksin akan diserap dan mengembang di pertengahan batang pokok keatas hingga mencapai 5 kaki.
Berlaku kesakitan pada pokok, iaitu boleh dilihat tanda awal dimana daun akan gugur dengan banyak.
Bahagian batang pokok yang masih belum diserap Vaksin (bahagian lapisan paling luar pada batang pokok)akan mengeluarkan resin bagi membentuk lapisan gaharu (berwarna kuning) supaya vaksin tidak dapat menembusi tempatnya.
Jika vaksin yang dimasukkan terlalu banyak,vaksin akan cepat mengembang dan batang pokok di bahagian luar tidak sempat mengeluarkan resin. Apabila kesemua bahagian batang pokok telah diserapi dengan vaksin, pokok akan mati.
Terbentuknya 3 lapisan pada batang pokok gaharu;
Pertama, Lapisan Luar, iaitu Lapisan Pengeluar Resin, berwarna putih dan masih hidup.
Kedua, Lapisan Tengah, iaitu Lapisan Gaharu, terbentuk hasil pengeluaran resin, bewarna kuning seterusnya coklat dan akhirnya Hitam. Paling berharga dan inilah TERAS GAHARU.
Ketiga, Lapisan Dalam, iaitu Lapisan Vaksin, berwarna hitam, berperanan menyakitkan pokok gaharu, mengembang ketepi dan keatas. Berwarna hitam, tidak bernilai dan akan reput apabila pokok telah ditebang.

Bulan Kedua;
Lapisan Pengeluar Resin telah dapat mengimbangi penyerapan vaksin dengan membentuk lapisan gaharu yang kukuh.Ini dapat dipastikan dengan terhentinya keguguran daun dan tumbuhnya daun-daun baru terutamanya dibahagian atas pokok.
Lapisan Gaharu menjadi agak tebal dan berubah dari warna putih kewarna kuning air hasil pengeluaran resin secara berterusan oleh lapisan pengeluar resin.
Lapisan Vaksin telah mula meresap hingga mencapai 6 kaki ke atas,ke pangkal dahan.
Bulan Keenam;

Lapisan Pengeluar Resin semakin subur dan amat baik jika diletakkan baja NPK
Lapisan Gaharu menjadi lebih tebal dan berubah menjadi warna coklat Muda. Pembentukannya mencapai 10kaki keatas.
Lapisan Vaksin meresap hingga ke dahan dan ranting.

KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT

1. Pokok Gaharu Hutan/Liar , Khidmat Yang Ditawarkan;

i. Khidmat Suntikan.
RM500.00 perpokok.
* Minima 10 pokok.

ii. Khidmat Suntikan Secara Mudhorabah.
Semua kos termasuk vaksin, suntikan, penebangan, pengankutan, pembersihan teras dan penjualan ditanggung oleh syarikat.
Pembahagian keuntungan setelah ditolak kos sebanyak 30% pemilik pokok dan 70% syarikat.
2. Pokok Yang Ditanam, Khidmat yang Ditawarkan;

i. Khidmat Suntikan
RM50.00 perpokok
* Minima 100 pokok.

*Bagi perladangan gaharu yang melebihi 500 pokok keatas atau mereka yang membeli anak benih dengan syarikat, kadar harga mengikut rundingan atau perjanjian.
*Anda bebas sama ada ingin menjual gaharu kepada kami atau kepada mana-mana syarikat.

ii. Membeli Gaharu Yang Telah Disuntik.
Syarikat akan membeli gaharu selepas 2 - 3 tahun disuntik dengan harga yang dipersetujui bersama dengan syarat menggunakan khidmat suntikan kami


Website : www.gaharuembun.com.my

Location : Pahang





Email to Abdul Rahman Taib Abdul Rahman Taib : 0196695065
Tell a Friend
Report fraud

This ad was added by Abdul Rahman Taib on Tuesday 04 January, 2011 at 01:53:17 PM.
Last update on Monday 14 May, 2012 at 01:41:33 PM.


BazariaOnline.com does not accept responsibility for the advertised item.





View as:  Mobile |
Desktop

Your IP Address is: 18.205.109.82
Copyright © 2019 BazariaOnline.com. Powered by MHI